~Ahni~ tagged her readers, I blog when I can't sleep, so let me do the tag.
First time, aku berpuasa.
Standard one.. mostly sekerat hari. Weekends je puasa penuh satu hari tapi tu pun satu hari melepek macam sayur terlebih celur. Satu hari pernah pitam kat tengah laman after chasing my cousin.
First time, aku berpuasa penuh.
Darjah 4 kot, tak pun darjah 5. Yang pastinya darjah 6 penuh.
First time, aku berpuasa jauh dari family.
Kat hostel, starting form 1. Nasib baik semua sekolah semua pompuan, so
asal tak ade air liur basi meleleh dah kira boleh pegi sahur, tak payah nak tengok-tengok cermin. Tudung pun main selempang aje (pasal ada Pakcik dining hall), tak pun pakai hoodies. Pastu kalau 'cuti' boleh pegi ambik nasi lunchtime kat dining hall. tapi nasib le, lauk yang lebih2 dari sahur je. Silap hari bulan lauk tu dah start nak basi. Itulah nasib kalau bercuti di bulan puasa. Makanan lain tak ade, maggi aje le. Masa form 1 we had this cerita hantu during Ramadhan. Camna pulak bulan puasa berhantu.. well, not actually hantu, he was a prowler. The rumour was this fellow menuntut some ilmu and had to put it into practise. That Isabella (yes, we gave him a glamourous name) made strange noises and ppl said he was a "manimal". Donno la betul ke tak, all I know, I was 12, penakut gile and semua cerita hantu I percaya. Oh yes, we had some macho looking policewomen guarding the school at nights during that Isabella attack.
We had tadarus in the afternoons, on those hot humid afternoon memang mengantuk. Asyik tersengguk time baca Quran. Those who cannot puasa will have prep in classrooms. I cheated a few times, tak pegi tadarus, tapi lepak kat kelas. There was one year when our school decided to use our 'tak puasa labour' to raise fund for something. Sapa yang tak puasa kena kerja- buat rubber glove quality checking, tuang air dalam gloves, picit-picit make sure gloves tak bocor. That was kinda forced labour!
During my final year in school I sometimes had special meal for sahur, masak Brahims or one of those prepacked 'army ration' with my partner in crime, Fidie. You see, we had a rice cooker but we were not allowed to use it and we had two very-strict-school-rules-abiding-prefects, Tim & Nan in the same room (they were just doing their duty la, very good prefects you see, tak pilih kasih punye). So Fidie & I buat konon2 tak nak pegi sahur, the minute the 2 prefects stepped out for sahur we'd quickly cook whatever we had in store, makan & cuci everything siap before the prefects balik, destroy all evidence la konon, but the curry smell of course la tak hilang in an instant! Fidie in Atlanta, Tim in Germany & Nan in Stockholm (global siot!), I really miss u all!
First time, aku bayar zakat fitrah sendiri.
2001, tak pun 2002. Tak ingat. Nak bayar pun tak payah pegi jauh-jauh pasal Ayah yang kutip zakat fitrah.
First time, jatuh sakit semasa berpuasa.
Pernah ke? Entah, tak pernah kot.. takat demam-demam biasa tu ada lah. Tapi ikut pengalaman, dah 3 kali jugak pitam time puasa (masa tak puasa pun ada jugak pitam). Tapi yang nasib baik, I have early symptoms bila nak pitam, I'd start to get blur vision before everything goes black, so bila dah nampak blur satu macam tu, I sit and bersandar somewhere, tak kiralah kat mana, janji I don't go tergolek dork and injure myself or terhantuk kepala kat mana2.
First time puasa sebagai seorang suami/isteri.
Haha... itu tungguuuuuuu... ntah bila la tu!
First time puasa sebagai ibu.
oh bila la la la la...
First time puasa di oversea.
2004, sampai my current Uni bulan puasa. Malays tak ramai, yang undergrad dah balik cuti masa tu. Menumpang kasih for a week kat satu family ni. Lepas tu masuk flat sendiri, but flatmates semua tak ada, duduk sorang2, bukak puasa sendiri, masa tu tak kenal lagi kedai halal kat mana, I only know one supermarket. Asian shops pun belum jumpa. Asyik lauk telur or canned tuna. Memang tak lalu nak makan, and makan sekali time buka puasa tu je, lepas tu dah malas nak makan apa-apa. The family I mentioned memang jemput bukak puasa kat rumah diorang everyday, but then, segan la beb hari-hari nak gi makan free kat rumah orang.
First time bukak puasa kat ofis.
Masa belajar dulu2 biasa bukak puasa kat studio, we took turns masak nasi & beli lauk. Masa belajar sekarang pun, kekadang bukak kat ofis jugak, kalau balik rumah pun tak ada housemates puasa.
First time berpuasa terlupa sahur (tahun ni).
Tahun ni.. tak de lak lupa, malas sahur tu ade la pasal tak rasa nak makan.
I'm not gonna tag anyone, feel free to do it if you want to.