Sunday, October 31, 2010

makan itu indah...

 lasagna...tak cantik, tapi sedap


Saya rasa sayalah antara manusia yang mudah dipuaskan hati.

Bawalah saya melihat bulan dan bintang-bintang di langit.. saya akan rasa bahagia!
(tak perlu cuba 'impress' saya dengan beg tangan mahal atau kasut jimi cu.. tapi kalau nak bagi juga saya terima ;) )

Yang paling saya suka... berikan saya makanan yang cantik (dan sedap)... saya boleh tersenyum 2-3 jam.
(saya boleh senyum tengok makanan yang saya masak sendiri lama-lama... macam Liz Gilbert ;) )


Kalau mengikut pantun lama,

gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati...

Malangnya, makanan yang membawa bahagia itu juga membawa masalah pada saya...
...dan versi saya berbunyi,

gendang gendut tali kecapi
perut gendut susah hati!

*****

Hari ini saya terima panggilan dari rakan sekerja yang kini berada di Kuala Lumpur, bertanyakan di mana letaknya restoran polan dan polan... katanya, ada rakan memberitahu, tanya saja Ubi, semua tempat makan dia tahu.

Wah... saya sudah jadi direktori restoran bergerak rupanya.



Ubi: tersenyum simpul sendiri kerana menulis sambil menikmati kopi yang sedap... ahhh... indahnya dunia.

.

Saturday, October 23, 2010

Saya dikejutkan kerana September dah habis...

Saya terasa seperti mahu menulis buku bertajuk "perkara-perkara yang tidak patut dilakukan jika mahu memikat wanita 30-an"! Tapi saya tak cukup buat kajian dalam bidang itu, jadi saya tak boleh tulis buku sebegitu. Saya buat 'blog entry' sudah lah.

Kalau wanita 30-an sudah sedikit matang pemikirannya, bukankah perkara yang sama  sepatutnya berlaku pada kaum Adam? 
Soalan-soalan yang pernah ditanya semasa nak mengorat zaman sekolah menengah perlu ditinggalkan pada zaman itu sahaja. Ya saya sangat suka makan. Memang tiap-tiap hari saya makan. Jadi kalau hari-hari orang cuma nak tanya saya dah makan? Makan apa? Sedap tak? Sekian terima kasih dari saya. Saya boleh bercerita dan berdiskusi berjam-jam pasal makanan, tapi bentuk soalannya bukan begitu ya tuan-tuan... duhhh. 

Pada usia 30an, saya rasa kebanyakan wanita bujang selesa bergerak sendiri. Kami tak perlu mengheret kawan keluar hanya kerana nak membeli Value Meal di kaunter pandu lalu McDonalds. Kami boleh ke mana-mana sahaja sendiri. Saya cukup pantang apabila orang menelefon untuk bertanya kenapa saya belum pulang (dari pejabat atau dari mana-mana sahaja pada waktu itu). Ini bukan mak/ayah/adik/abang/kakak yang tanya. Ini orang yang tiada kaitan dengan hidup saya, yang baru nak kenal katanya... duhhh! 

Saya tahu sekarang dunia internet. Segala-galanya ada dengan jalur lebar. Dua jiwa boleh bertemu walaupun hidup beratus malahan beribu batu. Facebook juga mengurangkan jarak antara semua. Saya juga lebih senang mengatakan, 'just add me on FB, I sort of live there, you'll see me there'. Tapi... cukupkah kenal orang melalui FB untuk jatuh hati? Pada saya tak cukup ya! Tolonglah gunakan FB hanya sebagai penghubung antara kawan. Tolong jangan guna FB untuk meluahkan rasa cinta...saya nak muntah. Saya ingatkan saya takkan terlibat dalam isu sebegitu, tapi saya silap. Pada suatu pagi yang saya bangun dengan migraine dan PMS, tiba-tiba ada sms kawan berbunyi "kau dah check FB? cepat weh, bukak!".
Rasa nak meletup kepala dan nak pecah jantung bila saya nampak ada gambar cincin dan luahan perasaan di dinding FB. Ya, pada dinding yang semua kawan-kawan boleh tengok tu! Gunung berapi saya memang meletup! Aduhai.... Delete. Delete. Delete. Blocked. 
KERJA GILA!

Dalam banyak 'orang' yang macam-macam itu... bukan semuanya tidak menyenangkan. Ada juga yang sensible, boleh bercakap pada wavelength yang sama, ada perbincangan yang berisi ilmu dan menyenangkan... dan itu menjanjikan persahabatan. Bersahabat tanpa mengharap atau menjanjikan apa-apa adalah lebih baik bukan?




bulan yang satu itu masih tetap sama. tak berubah.




*Ubi perlu berbahasa Malaysia sepenuhnya sebagai latihan menghadapi peperiksaan Bahasa Malaysia Peringkat Maju seminggu lagi. Doakan Ubi...


.

Wednesday, October 20, 2010

20.10.2010

Omputeh kata becareful what you wished for.

Hari ini penuh cubaan.

Saya rasa nak telan orang, tapi sabar masih ada sedikit.

Cerita kita simpan untuk tayangan hujung minggu.




.

Sunday, October 10, 2010

Lazy Sunday

I need to make a post today. I just want to have that 10.10.10 date on my blog, heh.


"Dah lama blog ni takde lagu-lagu... ayuh nyanyi!" says the fat lady who's still in her pjs, hungry, but too lazy to put together a proper breakfast.




Don't stray
Don't ever go away
I should be much too smart for this
You know it gets the better
Of me sometimes
When you and I collide
I fall into an ocean of you
Pull me out in time
Don't let me drown
Let me down
I say its all because of you and here I go
Losing my control
I'm practising your name
So I can say it to your face it doesn't seem right
To look you in the eye
And let all the things you mean to me
Come tumbling out my mouth indeed its time
Tell you why
I say its infinately true
Say you'll stay
Don't come and go
Like you do
Sway my way
Yeah I need to know
All about you
And there's no cure
And no way to be sure
Why everything's turned inside out
Instilling so much doubt
It makes me so tired
I feel so uninspired
My head is battling with my heart
My logic has been torn apart
And now
It all turns sour
Come sweeten
Every afternoon
Say you'll stay
Don't come and go
Like you do
Sway my way
Yeah I need to know
All about you
Say you'll stay
Don't come and go
Like you do
Sway my way
Yeah I need to know
All about you
Its all because of you
Its all because of you



.

Thursday, October 07, 2010

insomniac

Hari ini saya raya, Raya Nang! I will rebus some ketupat in the morning! hehe..

Malam ni panas. Tak boleh tidur. Saya cuba tidur dari pukul 10, sekarang pukul 2, that's like 4 hours of trying to fall asleep but to no avail. Saya takut nak bukak tingkap. Takut Charlie bug (or semut kayap or paederus bug or roove beetle to some) masuk. Dah dua kali saya jadi mangsa Charlie. The first one was at the corner of my forehead, this time, on my chin and neck. Now I have dark scar on my chin. It ain't pretty.

I've just noticed that I didn't have a post for September. A month break from blogging, I didn't plan that. I didn't even wish anyone for raya. Ada lagi 2 hari Syawal, jadi saya nak ucap

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Untuk kesekian kali, saya nak cuba tidur. 

Tidurlah mata...
.

Wednesday, October 06, 2010

One Word




So the word for New York City is ACHIEVE,
...for Stockholm is CONFORM, says Liz Gilbert

Someone tried to describe me today.
The person came up with just one word, UNPREDICTABLE.

I'm not surprised.

Coz the word I describe myself is CAPRICIOUS.
No, I'm not proud of being capricious.


.

Monday, October 04, 2010

Yes, I do not know



...and it may happen that ye hate a thing which is good for you, and it may happen that ye love a thing which is bad for you. Allah knoweth, ye know not.
(Al Baqarah: 216)

Please, help me find out which one is good and which one is bad.
I need clues.



.