Thursday, May 12, 2011

Niat

Mei 2010, setahun yang lalu, saya berkelana seorang diri ke Negeri di Bawah Bayu tanpa perancangan jelas walaupun tiket sudah dibeli berbulan-bulan sebelumnya. Mungkin kerana agak kecewa bila mengetahui saya perlu ke sana seorang diri. Teman yang merancang untuk pergi bersama terpaksa mengundur diri kerana ada komitmen yang lebih penting. Sendiri, seorang diri, bukanlah sesuatu yang baru buat saya, tapi untuk sebuah percutian, saya sebenarnya mengharapkan diri ditemani gelak tawa rakan-rakan.

Saya hanya berjalan mengikut gerak hati. Seronok juga meronda bandar KK dan 'snorkel' di Manukan, Sapi dan Mamutik. Pada dinding bilik hotel dan pada risalah pelancongan tergambar jelas gunung tetinggi di pulau Borneo ini. Hati berkata saya tidak boleh pulang tanpa melihat sendiri ikon utama negeri Sabah. Saya cari kereta sewa dan pandu mengikut peta ringkas pada brosur yang membawa saya ke Kundasang, ke resort yang menjanjikan pemandangan gunung yang terbaik (itu yang dikatakan dalam laman sesawangnya). Nasib kurang baik kerana hari mendung dan berkabus, hampir sepetang saya duduk membaca di beranda, namun puncaknya masih tidak kelihatan dari situ.

puncaknya tersembunyi


Esoknya saya pandu masuk ke Kinabalu Park hingga Timpohon Gate. Terlihat mat-mat saleh yang mengangkut beg sandang melangkah keluar dari Timpohon. Hati bersungut, 'Mat saleh ni entah datang dari mana, tapi dia dah naik ke Kinabalu. Aku? Gunung dalam negara sendiri pun belum pernah kutawan!'

dapat juga mengintai puncak apabila kabus bersurai seketika


Sebelum meninggalkan Kinabalu Park hari itu, saya membuat suatu janji pada diri - I'LL BE BACK!




.

Friday, May 06, 2011

Aki Nabalu

 
 
 After climbing a great hill, one only finds that there are many more hills to climb - Nelson Mandela
 
 



*maaf, masih belum sempat mengarang kisah Kinabalu. 
.