Thursday, December 31, 2009

Purnama terakhir...


Purnama terakhir untuk 2009.


Semoga 2010 membawa seribu kejayaan & kebahagiaan buat semua.


HAPPY NEW YEAR 2010!









.





Saturday, December 26, 2009

33



*Prays for a better year ahead*

Thank you to my dearest friends.
(yes, I know it is not easy to please me :D )

*SMILES*


I love you all!!!






.

Wednesday, December 23, 2009

32

Akhir-akhir ini saya dah mula nampak sinar keinsafan dalam diri dari soal pemakanan. Kalau dulu motto hidup- 'makan itu indah', sekarang kena tukar kepada 'makan berpada-pada, kalau gemuk kemudian, menyesal tak guna'. Berjaya juga hidup dua minggu tanpa nasi tapi itu bukan petanda baik. Sepanjang dua minggu tu, 4 kali ada seminar/bengkel/dialog yang semuanya melibatkan makan buffet. Dilema dalam diri, kalau tak makan, rugi, kalau makan, boyot! Habis camno?

Minggu ini pun, nampaknya dilema itu akan terus berulang. Hari ni saya cuti, a friend suddenly called to invite me for an early birthday treat, a pre-birthday lunch. Kalau tolak, kan rugi tu!


The place is Thirty Two at the Mansion. I am now on the last few days of my thirty two. Next week is a double three. Tempatnya ala-ala fine dining la and I was not dressed for such place, pakai t-shirt dengan jeans ok. Ku tukar jugak lah selipar dengan heels yang ada dalam boot kereta.


bread & buttahhhh... (macam semperit)



Sup ape ntah. Saya tak rasa coz I chose salad.



Sesi mengambing! Yummy salad, I like the taste of their lemon grass vinaigrette (nampak macam blended sambal belacan).


The place ala-ala romantika gitu. Suasana yang akan menyembunyikan kedutan muka dari pandangan mata.




Lamb chop


Kek & aiskem



The other dining room



Di zon ini kedut-kedut di muka akan kelihatan jelas ya.


Just a few steps away, right behind the mansion is Selat Melaka.


I would come here again. I like ambiance. The food is reasonably priced for a fine dining standard. Rasa pun sedap. You can get lunch set (appetizer +main course + dessert + tea/coffee) for less than RM30 at lunchtime. I didn't check the price for dinner sets, could be a lil bit pricey. As for lunch, berbaloi.


The place is at 32 Jalan Sultan Ahmad Shah, Penang. For more info on the mansion, go here.

.


Sunday, December 20, 2009

Sensitip kah?

Happiness is... good food & beautiful view
(gambar hiasan, Spice Cafe, Feringghi)





Pada suatu pagi yang hening tu, baru pukul 8.30 pagi, kawan yang dulu duduk sebilik masa belajar hantar sms..

"Ubi, kau dah bf?"

Dengan mood pagi Isnin yang rasa macam tak nak pegi kerja tu saya baca sms. Apehal minah ni pagi-pagi tanya aku soalan macam ni.

reply

"ape kes pagi2 tanya aku soklan camtu? takde bf, pehal?"

sent

toot toot.. one new message

read

"Aku tanya, kau dah breakfast ke belum, nak ajak kau breakfast!"

muahahahahahahhaha... aduhaiiii

reply

"Sorry beb, salah paham, tersilap baca. Tak bekfas, ada keje, bz"

sent

message received

"Tu lah... maknanya kau dah sensitif sgt tu"

hehehe.. sensitifkah aku?



*****





Hari ni, terpaksa pergi kenduri sorang-sorang. Dah kongsi beli hadiah dengan flatmate, tup-tup dia kena pegi KL malam tadi. Tak nak pergi pun, dah cakap dengan mak pengantin kata nak pergi. Belasah aje lah. Soalan 'datang sorang saja ke' tu saya dapat 6 kali sebelum saya berjaya pergi dekat buffet table (yes, I counted). Dah ambik2 nasi kenduri, I looked around.. all tables fits only for 4 people, and mostly yang tengah makan tu I tak kenal, yang I kenal semuanya bawak ramai-ramai, penuh 4 kerusi. So I picked an empty table with a view of selat Melaka, so I could just look at the view while eating, tak payah tengok orang. Baru aje duduk nak start makan, tiba-tiba lagu-lagu kawin yang diorang pasang bertukar ke lagu yg paling saya menyampah - Wali's Cari Jodoh! Kuajja betul! Adakah ini suatu komplot? Ok itu cuma kes perasan sendiri2, tapi kebetulan itu sangatlah membuatkan saya nak gelak sorang-sorang. Sensitipkah?





.








Saturday, December 19, 2009

Of wedding invitations & maps


Sesetengah orang, bila dah sampai umur saya dan masih tak kahwin-kahwin, they just don't go to weddings anymore, tak nak orang tanya bila nak kawin katanya. As for me, saya pedulik apa mulut orang nak tanya, kalau spesis yang suka bertanya soalan2 bombastic tu, biarkan aje lah. Yang penting, kita boleh raikan pengantin yang sambut hari bahagia. Tambah pulak kalau yang kawin tu kawan-kawan kita... korang tak kecik hati ke kalau korang kawin kawan2 tak datang? Sekarang nak jemput orang datang kenduri pun bukannya susah, melambak yang jemput pakai Facebook. I tak cerewet, so I'm ok with wedding invitation through FB, sesetengah orang nak kena jugak dibagi kad jemputan tu kan. Cuba-cuba lahhh bawak kurangkan guna kertas, yang paling penting dalam kad tu pun saya rasa cuma nama pengantin & peta ke rumah pengantin. Yang part kata-kata hikmah semua tu, I doubt ramai yang baca pun. Lepas dah habis kenduri, people toss it to dustbins. Point yang sebenar yg saya nak sebut ni sebenarnya peta ke rumah pengantin tu penting! Yang lain2 tu, tak ada pun tak apa. Kepada bakal pengantin, tolonglah buat map yang jelas dan terang. Kalau nak lagi senang, yang duk jemput pakai email/fb/segala mak nenek social networking nih, apalah salahnya bagi link tunjuk kat google map, bagi driving directions from important entry points sekali. Ada kad jemputan yang kalau di ikut petanya, 70% confirm orang yg pergi tu akan sesat, confusing tak terkata. Latest, I received an FB wedding invitation without an address, without a map. Just an invitation with a date & RSVP on FB. Yang ada cuma nama daerah tempat kenduri. Habis macam mana tu? Obviously kawan ni bukan lah duduk kat some remote island yang mungkin dalam satu daerah tu cuma ada satu rumah. I did ask for more info, but yang empunya diri mungkin tengah bermati-matian siapkan bunga telur so tak check my msg on FB. That means I get to keep the wedding gift for next kenduri.

*****

Hari ini Sabtu terakhir sebelum menambah lagi satu nombor pada umur saya. Oh, tak sabar nak masuk 21! hehehe...

*


Friday, December 18, 2009

1431

Setiap kali menjemput tahun baru hijrah, bermacam-macam hajat dan azam di kepala. Azam pun bukan azam baru, dah recycle entah berapa tahun, masih azam2 yang sama. Itu yang terjadi pada saya, orang lain saya tak tahu, mungkin mereka lebih baik dalam memenuhi azam mereka.

Saya terbaca pada satu kad jemputan ke suatu majlis, siapa penulis asal, saya tak tahu.


"kita tak boleh jadi orang lain, tapi kita boleh jadi diri kita yang lebih baik."


Semoga kita boleh menjadi kita yang lebih baik...
... atau yang terbaik!
Insya Allah.



Salam Maal Hijrah.





.







.

Friday, December 11, 2009

Makan Friday

The Sire

Harap maaf, kawan-kawan saya gelojoh, sampai makanan terus terkam, tak sempat nak ambik gambar dia dah potong salmon ni.



Tajuk panjang untuk macaroni ni saya tak ingat. Rasa ok, tapi herbs dia letak banyak sangat, mengganggu pemakanan saya. Saya tak suka kalau makan tetiba tergigit garlic setengah ulas. Sila chop halus-halus.



Yang ni, saya tak rasa. Tapi tukang makan dia kata ok.



Kali pertama saya makan creme brulee yang bakar dalam epal. Sedap jugak la. Aiskem vanilla dia guna M0venpick. Saya suka aiskem vanilla yang ada dot dot bijik vanilla beans. (oh, rindunya Killinchy G0ld!)


Tangga naik ke galeri atas. Ada 3 tingkat galeri yang pamerkan barang-barang mendiang Yap Chor Ee



The Sire Museum Restaurant
4 King Street, Georgetown 10200, Penang.
Tel: +604-2645088
Buka: 11.30am - 3pm, 6pm - 10.30pm kecuali Ahad.


.




Sunday, December 06, 2009

missed

She-wolf missed her full moon this month. She saw the moon when she was ferrying conference participants to a hotel and thought, 'I'll look at the moon later when I go home'.
She went home, too tired to think, too tired to look up to the moon. Pengsan in the living room.


*****


At least weekend is not so bad. I get to do the bibik job and eat simple homecooked food....






...surprisingly I found 'bibiking' is therapeutic! While at that, I saw parts of Anugerah Skrin on catch up tv & envied Wan Zaleha. She look supergorgeous at that age!


ok, sudah lapar, mau makan! (chaittt.. kata nak slim mcm wan zaleha!)



.

Thursday, December 03, 2009

Fatso

A friend went back to Iran just before Ramadhan and return to Malaysia a week ago. At a conference dinner earlier, she met me for the first time after 3 months.


Did you get married? (she pulled my hand to check on my ring finger. no ring there. I only had my copper ring from Berkeley Pit on my middle finger.)


No, I did not. Why did u ask?


Some people put on weight after they got married... and you look fat!


Yeah, I'm fat, I gained a few kgs, but I'm not married.


*****

Adakah saya perempuan yang pelik pasal saya tak rasa offended bila orang kata saya gemuk? Ye lah, kalau dah gemuk, saya terima itu suatu hakikat. Saya tak marah. Ok, in my case I'm not FAT fat, but I gained about 5kg (adakah saya tertelan kepala lembu?)... and for the first time in my life I really look at those slimming ads on TV seriously. Sebelum ni saya cuma gelak pada 'model'2 yang dulunya masa gemuk pakai menutup tapi bila kurus, tu diaaa, pakai kebaya jarang seketat yang boleh!

Kalau nak tanya siapa yang bersalah atas kegemukan saya, saya nak tuding jari pada mesin penimbang di rumah. Setiap kali saya naik penimbang tu, sejak 5 bulan lepas, jarumnya hanya pegi ke nombor yang sama. Rupanya penimbang tu rosak!!! ralat pada penimbang tu bukan takat setengah kilo, tapi 5 kilo!

Jadi, sila double check berat anda dekat penimbang orang lain jugak.



.

Tuesday, December 01, 2009

Rojak Kateh

Asal kapas jadi benang...





Asal kaki...


.



.


.


.


.


.







Jadi ROJAK KATEH!!! yum yum yum....




Saya tak terlibat dalam pembuatan rojak kateh ni. Ayoh & Mok yang buat. Anak bertuah yang tak mithali langsung ni hanya ambik rojak kateh yang baru siap (dimasukkan dalam bekas tapau oleh kakanda) dan bawak balik Penang. Saya nak bertolak pagi-pagi lepas subuh, Mok kata tunggu kejap bagi rojak kateh siap dulu. Saya dengan rela hati tunggu. Mana nak dapat rojak kateh di Penang? Tak ada! Ini rojak kateh special edition, Ayoh cuma buat setahun sekali masa 'rrebang.





'rrebang = korban



.

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha!

Selamat Hari Raya Aidil Adha to all...

Be safe on the road. watchout for the potholes, tambah2 musim hujan ni.


I arrived home safely yesterday, adalah jugak kena harung air sikit kat tengah jalan.Tapi ok walaupun masa harung air tu ada terpikir, kalau pakai SUV yang tinggi2 kan ker best, tak payah nak risau bila nak harung air. Alhamdulillah, the weather was good, mentari menyinar dengan ceria. No rain. Jadi air pun dah surut sikit kat tempat2 banjir on my way home.

kuih pertama yang diterkam sesampai di KT, asanggupa

Sampai aje kat KT, bukannya nak balik rumah dulu. Terus aje join after office traffic jam untuk pergi kedai kuih kegemaran. Towkey kuih tu akan cepat kaya kalau saya balik selalu-selalu.

Salam Korban... taaaa.

.


Friday, November 20, 2009

Makan Friday

Ini bukan bahan bukti rampasan dadah terbesar di Malaya.




Orang kata kalau tarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.

Tapi tak ada rambut dalam ini cerita... dan tepung ni habis berselerak jugak.

Ini lebih kurang macam adegan main sukaneka, tiup tepung... lepas dah tiup baru jumpa gula-gula kat dalam.

Korek-korek dalam tepung ni, jumpa benda bulat-bulat.



Ini GAZ. Sejenis Persian nougat dari Iran. Yang putih-putih tu tepung untuk elak nougat tu dari melekat-lekat. Hasilnya, habis bertepung meja kat ofis saya. Ini jenis yang klasik katanya, kalau jenis moden dia bungkus satu-satu dalam plastik, tak susah-susah nak tiup tepung macam ni. [kat mana dia dapat ilham yang aku ni nak makan dengan cara susah ni ha?]


Saya lupa nak ambik gambar gaz yang dah digigit. Banyak pistachio kat dalam, kertas kat dalam tu tulis 35% pistachio. Sedap tapi saya cuba untuk tak makan banyak, manis. Bila nak habis entah. Tapi macam tak boleh tahan lama je... nougat ni dah start jadi lembik.

Ini packaging dia. Nicely packed dalam kotak kayu.

Jenama dia ganas, nak kena sekeh kepala?

.

* ok, nak kejar Nur!

.

Friday, November 06, 2009

Makan Fridays

Dah lama tak sambung sesi 'Makan Fridays' . The last MF post was more than a year ago. Biasalah... blog ni bukannya reti ikut theme. Lainlah kalau si Kucing itu, cerita eksiden dia pun ada kaitan dengan makan ;) saya suka!




Ini sesi wajib hari Jemaat, saya nak kena pekena Jepun seminggu sekali. Tak semestinya kena yang mahal, kalau masa sengkek, beli yg kat tesc0/jusc0 tu pun jadik. Kalau tak, rasa tak lengkap minggu tu.


Khutbah Jumaat minggu ini bertajuk, mari recycle. Kalau ada lebih-lebihan makanan masa buat BBQ ker, kenduri kendara ke.. dan kawan-kawan offer bawak balik, ambik ajelah. Tak baik tolak rezeki. Dan kalaupun bebenda yang orang buat tu tak menepati citarasa kita pun, ambik lah jugak, balik karang boleh adjust rasanya!




Ada lebihan kebab dari sesi BBQ, dah lama kena peram dalam freezer, hiris kebab tu nipis-nipis, letak tomato, mayo, sos cili, balut dalam tortilla, MAKAN! Saya guna garlic tortilla yang beli kat Tesc0... mak aiiii, rasa garlic dia punyalah kuat, makan tengahari, sampai malam duk terasa lagi garlic dia. Kesudahan dia... sekeping ajelah tortilla tu saya makan. Yang lain2 duk dalam peket tu, ada harapan nak kena masuk tong. Aik... tadi kata khutbah suruh recycle! skarang membazir pulak. I never said I practise what I preach, kan?





Takkan makan itu aje? Cukup ke? Tak cukup... lepas tu kita goreng pulak bihun putih, pun tambah daging kebab!




*

Tuesday, November 03, 2009

November


Minggu yang sangat penat. Baru hari Selasa. Haish....
Laptop saya dah tamat riwayat. Saya sedih. Jasa dia banyak sangat, dialah juga peneman saya siang malam, saat suka dan duka.
Oh, bulan tu saya ambik gambar malam tadi. Pukul 1 pagi. Kat parking ofis. Tak, saya bukan kerja Mak Guard part time.



.

Saturday, October 31, 2009

Nuuuuurrrr ya kasihhh

At least there's something I can look forward to on Friday nites. I set my time to be home by 9 to watch NurKasih. Tak, I tak tengok from the start pun, baru je start tengok 3-4 weeks ago and may be 1-2 episodes prior to that. Ada kawan tanya, ada ke orang sebaik Nur tu? I think ada, may be tak ramai. Tapi Insya Allah dalam dunia ni ada lagi orang yang baik. Sesekali I nak jadi optimis, boleh kan.

Ada orang memang baik hati dan ada jugak orang yang taklah baik sangat tapi tak ada pilihan kecuali berbuat baik pasal dia tak sampai hati nak buat jahat kat orang.

Ada lagi ke 'Aidil' yg single? If you know any, point me to him please... show me which bookshop he goes to... so I can buat2 terbeli buku yang dia nak ;)


Love, in a coffee cup.
I guess I'll be ok without love, but not without coffee!!




Facebook connects... and sometimes it 'accidentally' connects you to people yang kita duk doa takkan jumpa balik seumur hidup... and sometimes even a glance at a photo could lead you to memories that you wished you could delete from your system.


Have a good weekend, beautiful ppl!!




.

Tuesday, October 20, 2009

Donut




Dah banyak kali cuba nak update, tapi sekerat jalan, save, tak sambung2 dah.

Harap maaf jika kadar kemaskini blog ni mengalahkan siput, sila salahkan kewujudan facebook :)

Hari Jumaat lepas, saya keluar makan malam Jepun sorang-sorang (nota: Sila jangan bertanggapan bahawa makan seorang diri di restoran itu suatu perlakuan pelik ya. Perlakuan makan hanya perlu melibatkan usaha persendirian, bukannya 'i kunyah you telan'.) . Lepas dah makan 4 pinggan dan satu mangkuk (isi pinggan dan mangkuk tu la, saya belum ada bakat nak makan pinggan), dan dah bayar, saya jalanlah dalam komplek beli belah, cuba nak melangkah seratus... dan kalau boleh sejuta tapak nak membakar kalori yang terkumpul. Ternampak pulak kedai donat yang baru buka. Macamlah tak cukup makan lagi, laju je kaki melangkah masuk.

Hajat dalam hati.. donat tajuk ni belum pernah cuba, nak try lah SATU.

Kak, nak berapa? 6? 12?

Tak nak banyak, 1..... ermm 2 je kot.

ala kak, beli 5 percuma satu. 6 lah kak.

ok, make it 6. (Cisss, tak de pendirian langsung kau ya!)

(Alah... biarlah... try rasa lain-lain, bukannya tak boleh share.)

*bayar.*

*Bawak donat sekotak, lalu tempat orang promo kerusi urut.*

Kak... (budak promo hulur phamplet)

*sign tangan politely refuse* (Aku bukan jenis ambik phamplet pastu buang dalam tong sampah ya, tak apalah aku kurang mesra manusia, tapi aku nak mesra alam! Pesanan khidmat masyarakat, kalau kertas/phamplet/brochure tu kita tak nak baca, tak nak guna, jangan ambik, kalau takat ambik untuk buang, baca pun tidak, apekepekdahnye tu?)

Ambik lah kak, tengok, cuba urut2 dulu.

Tak apa, tak nak, tima kasih. ( aku dah refuse elok2 ni, jangan push boleh tak?)

kak....

Tak pe, tak nak... *walk away*


KAK... KAKAK MAKAN DONAT TU BANYAK2... KAKAK TAK URUT2, TAK EXERCISE, NANTI BADAN JADI MACAM DONAT KAK!



Dalam hati: kuang hajo kau dik!.. nasib baik akak mood elok hari ni. akak gelak aje. kalau mood akak tak baik, nahas kau dik!


.

Sampai di rumah, baru teringat, flatmate tak ada, dia balik kampung terus lepas kerja. Habis tu siapa nak habiskan donat stengah dozen ni?

Jangan tanya siapa makan. Akhirnya kotak tu kosong.


.



Sunday, October 11, 2009

In touch with mother nature



I want to just sit here, do nothing and listen to the music of the forest.






Waterfall ini sangat best!




Jambatan nak balik east coast




Rafflesia, belum kembang


Monday, October 05, 2009

Dikala Rembulan Bermain Biola


Oh bidadari
Berulaskan syair oleh awan
Sang rembulan tidak putus menyeret tawa biola

Memujuk Bidadari
Agar tidak membilang lawan
Agar menghentikan getar-getar yang berkelana di ratusan jiwa


Dikala Rembulan Bermain Biola- Hujan




~ rising moon~






Ada orang tu pegi pasar malam sorang-sorang. Tiba-tiba dia ternampak bulan... orang lain duk bersesak beli barang kat pasar malam, dia dah tak kisah nak beli barang dah... bila nampak bulan, lapar pun boleh kenyang.


*Bulan malam ini lebih cantik dari yang tergambar dalam foto di atas, tapi nak buat macam mana, takat tu aje kamera cikai saya boleh tangkap, tak dapat capture 'mood' yang sebenar.



.

Friday, September 25, 2009

Raya '09


Kalau dengan Hollywood sign berlumba pegi ambik gambor.. dah ber tahun2 sign ni kat sini, sekarang baru aku ngambik gambornye. Lupa daratan sungguh!



Aiseyyy... takde post raya mintak2 maaf pun kan. Tak sempat nak update. Walaupun lambat, saya nak ucap jugak,


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
HARAP AMPUNKAN SALAH SILAP SAYA.



Kepada readers yang memang saya kenal, selain mintak maaf salah silap, mintak halalkan jugak makan minum, kalau-kalau saya ada makan terlebih dari yang di offer dek orang. Entahkan kawan offer sesuap, saya pegi makan semangkuk. Itu kukatakan kalau ya, kalau ada.

Kepada readers yang saya kenal sekadar di alam maya pun, ampun kalau tersilap kata. Maaf kalau tak reply komen, tak sempat. Maaf juga kepada sesapa yang rasa masa dia terbuang bila 2-3 kali bukak blog ni takder jugak updatenye. Tapi sebenarnya kalau ada update pun masih masuk kategori buang masa pasal baca blog saya ni tak ada pekdahnye.


*****


Raya lepas, macam biasa, jadi bibik sepenuh masa, takde dapat gaji RM25-50 sejam macam PAPA tu suggest. Overtime pun takde gaji.


Konon kata tak nak bagi duit raya... takder der dapat nak lari.. kena jugakkk!!! Sila jangan komen apa-apa kalau nampak saya bawak bekal pegi kerja lepas ni... sila ajak saya pegi buffet hanya jika awak yang nak belanja. ;)


Saya sangat rasa nak meletup bila speed limit saya ditentukan oleh seekor siput, dan jalan sebelah pun penuh, tak boleh nak potong. Itulah nasib bila menggunakan jalan raya timur-barat. Take note, namanya 'jalan raya', bukan lebuh raya.


Rata-rata makcik-makcik sekampung yang saya jumpa masa raya hari tu ada komen yang sama "hooo... napok berisi sikit", "tembam sikit napok", "bulat teh", "sihat deh lerning, senang hati ke?". Jawapan saya "hati senang, makan kenyang, Alhamdulillah". Saya lagi suka dikomen sihat/berisi/tembam daripada ditanya bila lagi nak kahwin!

Oh, swimsuit baru dah dibeli bulan puasa hari tu, minggu ni KENA mula pergi swimming. Semoga kehangatan itu bukan sekadar tahi ayam.


*****


Saya akui saya bersalah kerana tidak menyukai beberapa orang atas mukabumi ini. Tapi kenapa ya sesetengah orang, kalau dah tau orang tak suka, masih juga buat benda-benda yang menambah ketidaksukaan orang pada dia, tak boleh ke cuba kurangkan ketidaksukaan orang tu? lagi nak ditambah kenapa?



.

Monday, September 14, 2009

malang tak berbau..

Memang tak ada bau, busuk ke, wangi ke, hancing ke?

Tapi yang pasti malang memang membuatkan jiwa raga & poket merana.

I parked my car on a legal parking space, and paid my parking fee. I went to a restaurant for buka puasa alone. I decided I just need a quick buka puasa, so tak payah ajak sesape teman. Dah habis makan belum pukul 8 pun, so I stopped by a supermarket to get some juice before I head home.

Dah sudah, masuk kereta, I saw this line on my windscreen. Amende tu? hah?? TIDAKKKKKKKKK!!!
There was a long crack line from the right end of the windscreen towards the middle. I looked around, I had no one to blame. I didn't even know what caused it. I guess the after effect of buka puasa helped me to stay calm. I went home.

Pagi besoknya, barulah reality hits me. Tengok-tengok the crack tambah panjang. Minggu ni nak drive balik kampung, selamat ke nak drive jauh-jauh dengan crack kat cermin? phone sana sini tanya, semua orang jawab, 'jangan biarkan, kau dah la nak drive sorang, baik tukar, kalau dibuatnya berkecai tengah jalan tempat jin bertendang, siapa nak tolong?'. Barulah gabra nak pikir kat mana nak tukar and how much it would cost me. Checked my insurance, no, the windscreen was not covered. Maknanya, bersedialah untuk membakar duit yang memang dah tak ada. sob... sob...

I already took out some cash on the day before, which was meant for duit raya anak buah & anak-anak orang yang bertandang yang most mak bapaknya tau CikUbi dah balik, dah kerja, jadi kena bagi duit raya (eh, tapi apesal masa tak keje dulu pun kene bagi duit raya jugak?). Duit itulah yang terpaksa I guna untuk ganti windscreen. Kalau tak, tak boleh balik raya.

Maka dengan ini diumumkan, tahun ini CikUbi ambik resmi orang cina, belum kahwin tak payah bagi angpau kat sesape. Budak-budak, sila jangan buat muka kesian mintak duit raya depan saya!



.

Monday, September 07, 2009

Saya...

... sangat tidak cool.

... rasa saya tak garang. Sumpah. Tapi itu saya rasa, apa orang lain rasa saya tak tau.

... (pada bulan puasa ini) cuba untuk senyum sebagai respon kepada pertanyaan atau ayat sumbang yang selalunya saya jawab dengan tembakan peluru pelbagai jenis (kadang-kadang dengan tembakan meriam).

... nak anak ramai. Tapi itu dulu. Sekarang, tolong jauhkan budak-budak tu dari saya, nanti saya telan.

... sayang kawan-kawan lama saya. Tapi saya mintak maaf kalau saya tak boleh berubah jadi macam mereka (yang dah berubah).

... cheapskate. Saya beli benda murah-murah aje atau pun benda-benda yang ada label 50% off. Tak payah nak tengok tag kat barang-barang saya pakai ya. Nosey!

... hidup dalam reverse order kot. Dulu masa muda-muda rajin jugak nak berhigh heels, berskirt with matching blouse, palit lipstick sikit-sikit, calit foundation, nak pakai cantek-cantek... sekarang jalan pakai trainers, jeans & tees, calit bedak baby johnson. Bahagia.

... tak suka compare diri saya dengan orang lain, tapi kenapa ada orang yang tak pasal-pasal rajin nak tolong bandingkan diri saya dengan orang lain? Ada aku kesah orang lain nak pakai kereta besar? ada aku kesah orang lain nak mekap 3 inci? ada aku kesah orang nak pakai Coach /Elvee/ (isilah jenama2 lain sendiri). Aku TAK kesah!! so please don't tell me what I should be buying, what I should be wearing. Do not tell me to use this and that when your skin is worse than mine!

... pelik sungguh dengan perangai orang yang suka tanya gaji orang berapa, pakai kereta apa. Lepas tu ada pulak jenis suka bagi justification that walaupun dia belajar sampai takat sini, dia boleh dapat this and that. Dude, I never ask kau belajar tinggi mana, I never ask how much money u have, why the hell do you need to tell me? Kenapa orang suka bagi maklumat diri kat saya walaupun saya tak tanya ni ha?

... dulu kurus sekeping dan sangat-sangat nak tambah berat. Siap minum Weight Gain. Sekarang... I wished I could turn back time! hahaha...

... tak tulis benda-benda hal bijak pandai dalam blog saya, kalau rasa-rasa nak baca hal-hal yang 'educated', pegi baca jurnal lah! Duhhhhhhhhhhh...

... suka tulis blog bila saya menyampah, tension, bengang, nak marah orang dan bila rasa semua perasaan-perasaan negatif. Jadi, dengan itu blog saya memang tak positif dan bukan bacaan yang informatif. (kalau saya tak update blog lama tu, maknanya hidup saya bahagia!)


.

Terima kasih pada mereka yang bagitau saya, Isnin takde kelas, cuti! Kalau tak, ada yang jadi kes tahun lepas.


.



Sunday, September 06, 2009

Pertengahan Ramadhan




Langit berawan kelabu... malam Ramadhan tetap hening... tapi dari kejauhan kedengaran konsert hantu lapar... tapi tak apa, we coexist, kan?



bulan atas pokok kelapa sawit


Ku masih mengharapkan Ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya....
(walaupun untuk setengah bulan yang dah berlalu tu prestasi aku sangat-sangat teruk!)


...dan... entah kenapa,
Ramadhan ini mengingatkan aku pada suatu Ramadhan yang penuh duka dan luka yang tak kelihatan dek mata.

Ini.. macam kena.





.