Sunday, May 31, 2009

secangkir kopi semanis puan

kopitiam cup set & white coffee ditaja oleh kucingorengemok... hehe... thanks, I suke!



Hujung minggu yang bosan. Nak balik kampung tiket bas habis (mana la I nak tau weekend ni start cuti sekolah!). I hate Fireflyz pasal dah stop flights to KT. Nak drive balik, aduhaiii... kalau takat 2 days weekend, tak sempat nak habis penat dah kena drive balik.


*****


One of the best things about not having any neighbour is boleh menyanyi melalak sambil kemas rumah tanpa segan silu. Nak turn on TV volume kuat-kuat pun takde sapa nak marah kan. Infact, the TV is on almost 24 hours when I'm around, I just cannot stand silence. I catch a few glimpses of Nona on tv3 while menyapu rumah, dah takde topik sangat ke Nona ni? Perlu ke cover topik orang kumpul jenama terkenal? I think many years ago they cover better topics, on being active women, health (bukan topik nak kuruskan badan!), parenting, etc. Sekarang, balik-balik pasal jenama, fesyen, mekap dan majlis kahwin. Is that all that women need to know? Bohsannnnn! (Kurangkah kewanitaanku if I menyampah dengan topik mekap, pesen, shopping & kawin?)

Talking about kawin, sambil-sambil kemas rumah terjumpa kad jemputan kahwin, buka & check tarikh, alamak... dah terlepas semalam! Dah, I dah sms mintak maaf tak pegi.



.

Saturday, May 23, 2009

Coffee might help

what else?
Old photo. Flat white. Orb Coffee. Scarborough Fare.


Coffee has its positives.

It could help lower the risk of diabetes, heart disease, stroke, cancer, Parkinson's disease and cirrhosis, read here . It may also fight skin cancer, more details here.

Go get a cuppa!


*****

I hate going to cafes with pretty menu but some food/drinks photos they have on the menu doesn't even exist in their cafe. Do you notice that in some, they put photos of coffee with nice latte art beside their food. In reality, they can't even make a decent coffee, even your 3-in-1 coffee at home would taste way better. Latte art? bertuahlahh kalau ada!


.

Wednesday, May 20, 2009

Kisah seram

Malam itu suasana sunyi. Yang berbunyi hanya kipas angin berputar laju. Sekali sekala bunyi ketukan pada papan kekunci memecah sepi. Di tingkat itu, hanya aku seorang yang wujud dan bernyawa. Kalau ada pun, mungkin cicak yang sesekali meronda di keliling lampu kaki lima, mencari serangga berterbangan yang terpesona dengan cahaya lampu.

Tak semena-mena, tiba-tiba lolongan anjing bersahutan dalam kepekatan malam di tanah kosong menghadap bukit. Sudahlah kau anjing, pernah kau dengar pepatah anjing menyalak bukit? takkan runtuh srengenge itu! Tapi lolongan itu semakin kuat, semakin menjadi-jadi. Aku rasa seram sejuk. Kata orang, anjing menyalak begitu kalau nampak sesuatu. Sesuatu??? Mataku mula melilau ke kiri dan kanan. Kosong, sepi. Oh makkkkk.. apa benda hitam tu?? aku tersentak. Ciss.. aku terkejut melihat cicak besi yang belum kugantung ke dinding. Padan muka, beli lagi benda-benda macam itu. Kan dah terkejut sorang-sorang.

Sepi sebentar, kusangkakan sudah habis lolongan itu. Disambung lagi rupanya. Aku buat bodoh saja. Lolongan itu sayup-sayup, kedengaran. Oh makkk! aku tersentak bila telefon bimbitku bergetar dan bernyanyi-nyanyi. Ku jenguk. Yang tertulis pada paparan yang menyala galak itu cuma "CALL". Tiada nama. Haaaaa? Lolongan anjing yang sayup tiba-tiba kuat. Tidakkkk! Siapa? Siapa yang memanggil? Misteri. Cerita-cerita hantu dengan plot panggilan misteri ke telefon bimbit tiba-tiba kembali umpama 'flash card' dimindaku. Ku biarkan saja telefon itu terus berdering, dan akhirnya senyap... anjing-anjing itu juga senyap.

Sekonyong-konyong suatu getaran lain bermula, dengan lagu lain. Telefon keduaku pula berdering. Hati terdetik, ini sudah pastilah seseorang yang ku kenali. Kalau hantu, takkan kedua-dua nombor telefon aku dihubungi! Hantu simpan semua nombor ke? Ku picit butang 'answer'. "Hello kenapa tak angkat orang talipon?" Hehehe... panggilan itu dari Sydney. Pasal tu lah tak ada nombor telefon keluar. Tiada hantu syaiton mengacau aku. Aku saja yang gabra tak tentu pasal!


Sekian karangan kisah ketakutan malam selasa.
.

Sunday, May 17, 2009

one is not a lonely number

brekkie

Taken while waiting for friends this morning. I tetiba teringat my friends down south. I miss our cafe-hunting (and search for the best coffee in town) activity. I'm craving for a good cup of flat white, St@rbucks doesn't have it (st@rbucks is so over-rated!). To the coffee-kakis over there, kenang daku dalam coffee-mu!



Lunch

Aktiviti paling penting in a get together, m.a.k.a.n! Big thanks for the company, my first ever massage session, lunch and everything girls!


*****


Today marks a week spent in my new abode. I've been putting myself on a self-imposed-curfew after dark ever since I moved in. I don't feel safe to walk down the corridor at night knowing that I'm the only one living on that floor. Oh yes, teringat all those cerita-cerita hantu apartment , and when the tap water stinks (it does! too much chemicals innit), Dark Water comes to mind! No, I don't plan to go and check the water tank.

The hill next to the apartment is too dark at night. Reminds me of Shahnon Ahmad's Srengenge. Looks so mysterious and kinda scary. The semak samun & hutan at the hill are inviting though, I wonder how many types of bird I can find in it. Will explore it one day.

My brother calls me once in a while to make sure that I'm ok. Yes I am OK and I love the apartment. Big bro insists that I look for a flatmate and I said I will look for one soonest. Truth is, I'm not sure about that. I love having the place all to myself. Don't feel like inviting a stranger to share my space. Besides, not everyone can stand ME.



.


Friday, May 15, 2009

Terima Kasih Cikgu!

P1130138


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

(petikan dari sajak Usman Awang, 1979.)


Terima Kasih Cikgu,
Selamat Hari Guru.





Ubi: anak cikgu yang pernah jadi cikgu & still consider myself a cikgu :)

.

Wednesday, May 13, 2009

the grass eater

Yang di ladang sana itu terkenal seluruh dunia, sampai masuk iklan (kalau minum air bersih susu pun segar katanya... apa?? dua juta??). Orang sanggup berhenti kereta tepi jalan untuk ambil gambar mereka (termasuklah saya).


cows, somewhere in south island, nz


Yang di sini jarang orang nak ambil gambar. (Busuk pun!)
Ini lembu di depan rumah saya sekarang. Di bandaraya besar masih ada orang bela lembu.



cows, penang island


The grass is not always greener on the other side En. Moo (tapi dalam ladang sana tak ada pokok semalu di padang rumput. Semalu itu berduri, tajam menikam).



.

Sunday, May 10, 2009

cahaya


oh bulan
jangan layan diriku lagi...


Moon, from my new abode, the only unit with a dweller on the Nth floor (sila jangan cerita hantu pada saya buat sementara waktu).



Dari lokasi baru, tapi masih bulan yang satu itu


.

Happy Mother's Day

Selamat Hari Ibu


Gambar bunga sebagai hiasan.
Terima kasih pada pemberinya. Bukan, ini bukan sempena hari ibu kerana saya belum jadi ibu (dan masih tak tau bila akan jadi ibu). Ini bunga 2 minggu sudah.





Tuesday, May 05, 2009