Thursday, February 12, 2015

Cukup

Semenjak dah tua ni, dah tak rasa rajin nak berkenalan & buat kawan baru. Maaf kalau org jumpa saya dan rasa saya 'dingin'. Well, kalau nasi baru masak disimpan lama pun dia jadi nasi dingin jugak, dok? Kalau jumpa org baru setakat bertanya nama okey lah. Kalau nak tanya banyak, saya rasa rimas nak menjawab. Rasa penat.
Mungkin sebab saya memang dah lama menjadi introvert yg berusaha untuk jadi friendly. Dah habis tenaga itu. Saya dah tua dan dah habis kederat utk melayan perbualan baru yg bertanya hal2 lama.
Dengan kawan lama tak apa. Hanya sekumpulan kecil yg masih saya hubungi hampir setiap hari. Mereka ini yg saya sudah paham tebiat masing2. Kami hormat ruang masing2 & perbezaan yg ada. 
Kepada yang baru hadir, 'trust me it's not you, it's me. ignore me. I'm just tired. Please leave.'


.

Friday, February 06, 2015

Maldives aku datang


Katanya destinasi bulan madu.
Habis kalau bulannya tak juga jatuh ke riba takkan nak tunggu sampai dapat dua batu nisan?
Pergi saja, tak perlu tunggu bulan madu, tak perlu tunggu sesiapa.
Allah bagi rezeki, bermusafirlah lihat keindahan ciptaanNya. 
Indah. Cukup indah.

(ini cuma sneak peek)

 






Sweet dreams are made of these!
So beautiful, I almost cried when It was time to go back.

.