Dah banyak kali cuba nak update, tapi sekerat jalan, save, tak sambung2 dah.
Harap maaf jika kadar kemaskini blog ni mengalahkan siput, sila salahkan kewujudan facebook :)
Hari Jumaat lepas, saya keluar makan malam Jepun sorang-sorang (nota: Sila jangan bertanggapan bahawa makan seorang diri di restoran itu suatu perlakuan pelik ya. Perlakuan makan hanya perlu melibatkan usaha persendirian, bukannya 'i kunyah you telan'.) . Lepas dah makan 4 pinggan dan satu mangkuk (isi pinggan dan mangkuk tu la, saya belum ada bakat nak makan pinggan), dan dah bayar, saya jalanlah dalam komplek beli belah, cuba nak melangkah seratus... dan kalau boleh sejuta tapak nak membakar kalori yang terkumpul. Ternampak pulak kedai donat yang baru buka. Macamlah tak cukup makan lagi, laju je kaki melangkah masuk.
Hajat dalam hati.. donat tajuk ni belum pernah cuba, nak try lah SATU.
Kak, nak berapa? 6? 12?
Tak nak banyak, 1..... ermm 2 je kot.
ala kak, beli 5 percuma satu. 6 lah kak.
ok, make it 6. (Cisss, tak de pendirian langsung kau ya!)
(Alah... biarlah... try rasa lain-lain, bukannya tak boleh share.)
*bayar.*
*Bawak donat sekotak, lalu tempat orang promo kerusi urut.*
Kak... (budak promo hulur phamplet)
*sign tangan politely refuse* (Aku bukan jenis ambik phamplet pastu buang dalam tong sampah ya, tak apalah aku kurang mesra manusia, tapi aku nak mesra alam! Pesanan khidmat masyarakat, kalau kertas/phamplet/brochure tu kita tak nak baca, tak nak guna, jangan ambik, kalau takat ambik untuk buang, baca pun tidak, apekepekdahnye tu?)
Ambik lah kak, tengok, cuba urut2 dulu.
Tak apa, tak nak, tima kasih. ( aku dah refuse elok2 ni, jangan push boleh tak?)
kak....
Tak pe, tak nak... *walk away*
KAK... KAKAK MAKAN DONAT TU BANYAK2... KAKAK TAK URUT2, TAK EXERCISE, NANTI BADAN JADI MACAM DONAT KAK!
Dalam hati: kuang hajo kau dik!.. nasib baik akak mood elok hari ni. akak gelak aje. kalau mood akak tak baik, nahas kau dik!
.
Sampai di rumah, baru teringat, flatmate tak ada, dia balik kampung terus lepas kerja. Habis tu siapa nak habiskan donat stengah dozen ni?
Jangan tanya siapa makan. Akhirnya kotak tu kosong.
.