Dah lama tak sambung sesi
'Makan Fridays' . The
last MF post was more than a year ago. Biasalah... blog ni bukannya reti ikut theme. Lainlah kalau
si Kucing itu, cerita eksiden dia pun ada kaitan dengan makan ;) saya suka!
Ini sesi wajib hari Jemaat, saya nak kena pekena Jepun seminggu sekali. Tak semestinya kena yang mahal, kalau masa sengkek, beli yg kat tesc0/jusc0 tu pun jadik. Kalau tak, rasa tak lengkap minggu tu.
Khutbah Jumaat minggu ini bertajuk, mari recycle. Kalau ada lebih-lebihan makanan masa buat BBQ ker, kenduri kendara ke.. dan kawan-kawan offer bawak balik, ambik ajelah. Tak baik tolak rezeki. Dan kalaupun bebenda yang orang buat tu tak menepati citarasa kita pun, ambik lah jugak, balik karang boleh adjust rasanya!
Ada lebihan kebab dari sesi BBQ, dah lama kena peram dalam freezer, hiris kebab tu nipis-nipis, letak tomato, mayo, sos cili, balut dalam tortilla, MAKAN! Saya guna garlic tortilla yang beli kat Tesc0... mak aiiii, rasa garlic dia punyalah kuat, makan tengahari, sampai malam duk terasa lagi garlic dia. Kesudahan dia... sekeping ajelah tortilla tu saya makan. Yang lain2 duk dalam peket tu, ada harapan nak kena masuk tong. Aik... tadi kata khutbah suruh recycle! skarang membazir pulak. I never said I practise what I preach, kan?
Takkan makan itu aje? Cukup ke? Tak cukup... lepas tu kita goreng pulak bihun putih, pun tambah daging kebab!
*