Friday, December 18, 2009
1431
Saya terbaca pada satu kad jemputan ke suatu majlis, siapa penulis asal, saya tak tahu.
"kita tak boleh jadi orang lain, tapi kita boleh jadi diri kita yang lebih baik."
Semoga kita boleh menjadi kita yang lebih baik...
... atau yang terbaik!
Insya Allah.
Salam Maal Hijrah.
.
.
Friday, December 11, 2009
Makan Friday
Harap maaf, kawan-kawan saya gelojoh, sampai makanan terus terkam, tak sempat nak ambik gambar dia dah potong salmon ni.

Tajuk panjang untuk macaroni ni saya tak ingat. Rasa ok, tapi herbs dia letak banyak sangat, mengganggu pemakanan saya. Saya tak suka kalau makan tetiba tergigit garlic setengah ulas. Sila chop halus-halus.
Yang ni, saya tak rasa. Tapi tukang makan dia kata ok.
Kali pertama saya makan creme brulee yang bakar dalam epal. Sedap jugak la. Aiskem vanilla dia guna M0venpick. Saya suka aiskem vanilla yang ada dot dot bijik vanilla beans. (oh, rindunya Killinchy G0ld!)

The Sire Museum Restaurant
4 King Street, Georgetown 10200, Penang.
Tel: +604-2645088
Buka: 11.30am - 3pm, 6pm - 10.30pm kecuali Ahad.
.
Sunday, December 06, 2009
missed
She went home, too tired to think, too tired to look up to the moon. Pengsan in the living room.
At least weekend is not so bad. I get to do the bibik job and eat simple homecooked food....
...surprisingly I found 'bibiking' is therapeutic! While at that, I saw parts of Anugerah Skrin on catch up tv & envied Wan Zaleha. She look supergorgeous at that age!
ok, sudah lapar, mau makan! (chaittt.. kata nak slim mcm wan zaleha!)
.
Thursday, December 03, 2009
Fatso
*****
Kalau nak tanya siapa yang bersalah atas kegemukan saya, saya nak tuding jari pada mesin penimbang di rumah. Setiap kali saya naik penimbang tu, sejak 5 bulan lepas, jarumnya hanya pegi ke nombor yang sama. Rupanya penimbang tu rosak!!! ralat pada penimbang tu bukan takat setengah kilo, tapi 5 kilo!
Jadi, sila double check berat anda dekat penimbang orang lain jugak.
.
Tuesday, December 01, 2009
Rojak Kateh
Jadi ROJAK KATEH!!! yum yum yum....
Saya tak terlibat dalam pembuatan rojak kateh ni. Ayoh & Mok yang buat. Anak bertuah yang tak mithali langsung ni hanya ambik rojak kateh yang baru siap (dimasukkan dalam bekas tapau oleh kakanda) dan bawak balik Penang. Saya nak bertolak pagi-pagi lepas subuh, Mok kata tunggu kejap bagi rojak kateh siap dulu. Saya dengan rela hati tunggu. Mana nak dapat rojak kateh di Penang? Tak ada! Ini rojak kateh special edition, Ayoh cuma buat setahun sekali masa 'rrebang.