Saya terasa seperti mahu menulis buku bertajuk "perkara-perkara yang tidak patut dilakukan jika mahu memikat wanita 30-an"! Tapi saya tak cukup buat kajian dalam bidang itu, jadi saya tak boleh tulis buku sebegitu. Saya buat 'blog entry' sudah lah.
Kalau wanita 30-an sudah sedikit matang pemikirannya, bukankah perkara yang sama sepatutnya berlaku pada kaum Adam?
Soalan-soalan yang pernah ditanya semasa nak mengorat zaman sekolah menengah perlu ditinggalkan pada zaman itu sahaja. Ya saya sangat suka makan. Memang tiap-tiap hari saya makan. Jadi kalau hari-hari orang cuma nak tanya saya dah makan? Makan apa? Sedap tak? Sekian terima kasih dari saya. Saya boleh bercerita dan berdiskusi berjam-jam pasal makanan, tapi bentuk soalannya bukan begitu ya tuan-tuan... duhhh.
Pada usia 30an, saya rasa kebanyakan wanita bujang selesa bergerak sendiri. Kami tak perlu mengheret kawan keluar hanya kerana nak membeli Value Meal di kaunter pandu lalu McDonalds. Kami boleh ke mana-mana sahaja sendiri. Saya cukup pantang apabila orang menelefon untuk bertanya kenapa saya belum pulang (dari pejabat atau dari mana-mana sahaja pada waktu itu). Ini bukan mak/ayah/adik/abang/kakak yang tanya. Ini orang yang tiada kaitan dengan hidup saya, yang baru nak kenal katanya... duhhh!
Saya tahu sekarang dunia internet. Segala-galanya ada dengan jalur lebar. Dua jiwa boleh bertemu walaupun hidup beratus malahan beribu batu. Facebook juga mengurangkan jarak antara semua. Saya juga lebih senang mengatakan, 'just add me on FB, I sort of live there, you'll see me there'. Tapi... cukupkah kenal orang melalui FB untuk jatuh hati? Pada saya tak cukup ya! Tolonglah gunakan FB hanya sebagai penghubung antara kawan. Tolong jangan guna FB untuk meluahkan rasa cinta...saya nak muntah. Saya ingatkan saya takkan terlibat dalam isu sebegitu, tapi saya silap. Pada suatu pagi yang saya bangun dengan migraine dan PMS, tiba-tiba ada sms kawan berbunyi "kau dah check FB? cepat weh, bukak!".
Rasa nak meletup kepala dan nak pecah jantung bila saya nampak ada gambar cincin dan luahan perasaan di dinding FB. Ya, pada dinding yang semua kawan-kawan boleh tengok tu! Gunung berapi saya memang meletup! Aduhai.... Delete. Delete. Delete. Blocked.
KERJA GILA!
Dalam banyak 'orang' yang macam-macam itu... bukan semuanya tidak menyenangkan. Ada juga yang sensible, boleh bercakap pada wavelength yang sama, ada perbincangan yang berisi ilmu dan menyenangkan... dan itu menjanjikan persahabatan. Bersahabat tanpa mengharap atau menjanjikan apa-apa adalah lebih baik bukan?
bulan yang satu itu masih tetap sama. tak berubah.
*Ubi perlu berbahasa Malaysia sepenuhnya sebagai latihan menghadapi peperiksaan Bahasa Malaysia Peringkat Maju seminggu lagi. Doakan Ubi...
.