Saya suka makan. Itu suatu nikmat yang saya tak rela nak buang. Makan itu terapi untuk saya. Tapi bila dah makan, makan dan makan, saya sedari baju dan seluar semakin mengecil. Ada hantu dalam lemari yang buat aktiviti paranormal alter semua baju jadi kecil. Kalau kebaya dah tak boleh nak butangkan & some even bursting at the seams tu makna dia memang lemari itu dah dirasuk!
Setelah berkontemplasi (ada eh perkataan dimelayukan gini?), merenung ke dalam diri, saya bertanya pada diri sendiri, sampai bila nak teruskan melebar? Umur semakin meningkat, metabolisme semakin lembab. Sama ada berhenti makan sedap-sedap, atau lakukan sesuatu untuk berhenti membesar dan pastikan hidup sihat! Saya tak mampu untuk kawal makan. Sungguh. Depresi rasanya kalau tengok makanan sedap-sedap tapi tak boleh makan. Hilang nikmat dunia. Maka saya tiada pilihan, saya perlu beriadah untuk membakar lebihan kalori yang dah bertukar jadi lemak yang sudah disumbat dalam diri. Nak beriadah perlu motivasi. Saya tiada punca motivasi, tiada orang nak temankan
jogging atau
hiking. (
If you know any good looking single guy who loves hiking and/or running in Penang, let me know! hehehehe). Jadi saya buat keputusan, saya perlu letakkan tiang GOL untuk saya tuju. Maka bermulalah aktiviti mengisi borang macam-macam aktiviti sukan dan riadah. Orang main futsal, saya pun nak sepak bola, orang lari, saya pun mahu juga! Ada yang sempat masuk, ada yang tidak akibat tuntutan kerja dan komitmen keluarga (jangan kata orang single tak ada tanggung jawab pada keluarga!).
Hiking dulu tu pun salah satu dari GOL saya. Bila dah ada tiang gol, perlulah saya usaha untuk mencapainya.
Saya tak pernah jadi atlit atau ahli sukan apa-apa pun.
Kalau setakat lari wakil rumah zaman sekolah tu orang tak panggil atlit,
itu sekadar cukupkan korum untuk orang pass baton. Jadi sesiapa yang
memang bukan ahli sukan (bila orang sebut 'ahli' ni , macam kena ada
membership aje bunyi dia kan?) dan sememangnya liat nak bersukan,
permulaan untuk bersukan itu ialah suatu yang sukar. Siksa! Tapi kena buat juga.
Akhirnya, hujung minggu lepas, dapatlah habiskan juga satu larian. Saya tak kejar nak menang sampai naik podium, itu memang mustahil. Biar nombor corot asalkan dapat sampai ke garisan penamat! Semoga diteruskan pada tahun baru hijrah 1434.
Salam Maal Hijrah!
.
.