Thursday, December 31, 2009

Purnama terakhir...


Purnama terakhir untuk 2009.


Semoga 2010 membawa seribu kejayaan & kebahagiaan buat semua.


HAPPY NEW YEAR 2010!









.





Saturday, December 26, 2009

33



*Prays for a better year ahead*

Thank you to my dearest friends.
(yes, I know it is not easy to please me :D )

*SMILES*


I love you all!!!






.

Wednesday, December 23, 2009

32

Akhir-akhir ini saya dah mula nampak sinar keinsafan dalam diri dari soal pemakanan. Kalau dulu motto hidup- 'makan itu indah', sekarang kena tukar kepada 'makan berpada-pada, kalau gemuk kemudian, menyesal tak guna'. Berjaya juga hidup dua minggu tanpa nasi tapi itu bukan petanda baik. Sepanjang dua minggu tu, 4 kali ada seminar/bengkel/dialog yang semuanya melibatkan makan buffet. Dilema dalam diri, kalau tak makan, rugi, kalau makan, boyot! Habis camno?

Minggu ini pun, nampaknya dilema itu akan terus berulang. Hari ni saya cuti, a friend suddenly called to invite me for an early birthday treat, a pre-birthday lunch. Kalau tolak, kan rugi tu!


The place is Thirty Two at the Mansion. I am now on the last few days of my thirty two. Next week is a double three. Tempatnya ala-ala fine dining la and I was not dressed for such place, pakai t-shirt dengan jeans ok. Ku tukar jugak lah selipar dengan heels yang ada dalam boot kereta.


bread & buttahhhh... (macam semperit)



Sup ape ntah. Saya tak rasa coz I chose salad.



Sesi mengambing! Yummy salad, I like the taste of their lemon grass vinaigrette (nampak macam blended sambal belacan).


The place ala-ala romantika gitu. Suasana yang akan menyembunyikan kedutan muka dari pandangan mata.




Lamb chop


Kek & aiskem



The other dining room



Di zon ini kedut-kedut di muka akan kelihatan jelas ya.


Just a few steps away, right behind the mansion is Selat Melaka.


I would come here again. I like ambiance. The food is reasonably priced for a fine dining standard. Rasa pun sedap. You can get lunch set (appetizer +main course + dessert + tea/coffee) for less than RM30 at lunchtime. I didn't check the price for dinner sets, could be a lil bit pricey. As for lunch, berbaloi.


The place is at 32 Jalan Sultan Ahmad Shah, Penang. For more info on the mansion, go here.

.


Sunday, December 20, 2009

Sensitip kah?

Happiness is... good food & beautiful view
(gambar hiasan, Spice Cafe, Feringghi)





Pada suatu pagi yang hening tu, baru pukul 8.30 pagi, kawan yang dulu duduk sebilik masa belajar hantar sms..

"Ubi, kau dah bf?"

Dengan mood pagi Isnin yang rasa macam tak nak pegi kerja tu saya baca sms. Apehal minah ni pagi-pagi tanya aku soalan macam ni.

reply

"ape kes pagi2 tanya aku soklan camtu? takde bf, pehal?"

sent

toot toot.. one new message

read

"Aku tanya, kau dah breakfast ke belum, nak ajak kau breakfast!"

muahahahahahahhaha... aduhaiiii

reply

"Sorry beb, salah paham, tersilap baca. Tak bekfas, ada keje, bz"

sent

message received

"Tu lah... maknanya kau dah sensitif sgt tu"

hehehe.. sensitifkah aku?



*****





Hari ni, terpaksa pergi kenduri sorang-sorang. Dah kongsi beli hadiah dengan flatmate, tup-tup dia kena pegi KL malam tadi. Tak nak pergi pun, dah cakap dengan mak pengantin kata nak pergi. Belasah aje lah. Soalan 'datang sorang saja ke' tu saya dapat 6 kali sebelum saya berjaya pergi dekat buffet table (yes, I counted). Dah ambik2 nasi kenduri, I looked around.. all tables fits only for 4 people, and mostly yang tengah makan tu I tak kenal, yang I kenal semuanya bawak ramai-ramai, penuh 4 kerusi. So I picked an empty table with a view of selat Melaka, so I could just look at the view while eating, tak payah tengok orang. Baru aje duduk nak start makan, tiba-tiba lagu-lagu kawin yang diorang pasang bertukar ke lagu yg paling saya menyampah - Wali's Cari Jodoh! Kuajja betul! Adakah ini suatu komplot? Ok itu cuma kes perasan sendiri2, tapi kebetulan itu sangatlah membuatkan saya nak gelak sorang-sorang. Sensitipkah?





.








Saturday, December 19, 2009

Of wedding invitations & maps


Sesetengah orang, bila dah sampai umur saya dan masih tak kahwin-kahwin, they just don't go to weddings anymore, tak nak orang tanya bila nak kawin katanya. As for me, saya pedulik apa mulut orang nak tanya, kalau spesis yang suka bertanya soalan2 bombastic tu, biarkan aje lah. Yang penting, kita boleh raikan pengantin yang sambut hari bahagia. Tambah pulak kalau yang kawin tu kawan-kawan kita... korang tak kecik hati ke kalau korang kawin kawan2 tak datang? Sekarang nak jemput orang datang kenduri pun bukannya susah, melambak yang jemput pakai Facebook. I tak cerewet, so I'm ok with wedding invitation through FB, sesetengah orang nak kena jugak dibagi kad jemputan tu kan. Cuba-cuba lahhh bawak kurangkan guna kertas, yang paling penting dalam kad tu pun saya rasa cuma nama pengantin & peta ke rumah pengantin. Yang part kata-kata hikmah semua tu, I doubt ramai yang baca pun. Lepas dah habis kenduri, people toss it to dustbins. Point yang sebenar yg saya nak sebut ni sebenarnya peta ke rumah pengantin tu penting! Yang lain2 tu, tak ada pun tak apa. Kepada bakal pengantin, tolonglah buat map yang jelas dan terang. Kalau nak lagi senang, yang duk jemput pakai email/fb/segala mak nenek social networking nih, apalah salahnya bagi link tunjuk kat google map, bagi driving directions from important entry points sekali. Ada kad jemputan yang kalau di ikut petanya, 70% confirm orang yg pergi tu akan sesat, confusing tak terkata. Latest, I received an FB wedding invitation without an address, without a map. Just an invitation with a date & RSVP on FB. Yang ada cuma nama daerah tempat kenduri. Habis macam mana tu? Obviously kawan ni bukan lah duduk kat some remote island yang mungkin dalam satu daerah tu cuma ada satu rumah. I did ask for more info, but yang empunya diri mungkin tengah bermati-matian siapkan bunga telur so tak check my msg on FB. That means I get to keep the wedding gift for next kenduri.

*****

Hari ini Sabtu terakhir sebelum menambah lagi satu nombor pada umur saya. Oh, tak sabar nak masuk 21! hehehe...

*