Sunday, July 25, 2010

the one with the fat abs

Pada suatu tengahari Jumaat yang damai, dua orang gadis, A dan B keluar makan tengahari dengan berlenggang kangkung kerana mereka tak wajib pegi smayang Jemaat. Setelah kenyang makan makanan Jepun, dua-dua membuat cubaan berjalan ratusan tapak dengan kepercayaan kononnya dapatlah membakar apa-apa yang patut dibakar. Semasa nak balik terlintas depan kedai yang semuanya bertemakan kecantikan dari hujung jambul sampai hujung tumit. Salah satu kedai menayang promosi di depan pintu – Ulangtahun ke -10, RM10 untuk satu rawatan. A tengok B, B tengok A, 

Try nak?
Mmm.. boleh, RM10 aje, kalau basuh kereta pun RM10 jugak kan

A dan B sama-sama pernah selim melim (sekeping) tapi akibat nafsu makan yang takterbendung, penambahan lemak tak sekata berlaku dengan jayanya. Mereka pilih  rawatan nak kurangkankan lemak kat perut. Hari tu dah nak kena masuk pejabat, tak sempat, jadi esoknya kena datang lagi.

A dah biasa jugak dengan agenda slimming, mak dia ada spa. Dia pun dah pegi beauty centre sana sini untuk market research masa nak buka spa mak dia. B pulak, walaupun dah tua bangka, 10 tahun lagi tua dari A, agak jakun bab2 pusat kecantikan. Baru sekali dia pergi spa, tu pun pasal kawan-kawan bagi dia graduation gift. Yang sekali tu pun dia rasa dah tobat tak nak pegi massage dah. Dia sangat tak selesa nak bagi orang pegang sana sini walaupun orang tu perempuan.

Nak dijadikan cerita, esoknya rakan berdua ni pergilah menuntut rawatan yang dijanjikan. Setelah disyarahkan & dipujuk beli pekej macam-macam, mereka pun pergi buat rawatan perut yang RM10 tu. Maka masuklah bilik rawatan masing-masing.

Adalah prosedurnya, kena ukur badan etc… lepas tu kena baring, dia letak massage oil. Lepas tu godek-godek perut dengan mesin dia. Sambil urut-urut perut dengan benda tu, Amoi tu kata

Yang ini kita mau bagi blood circulation jalan dulu aaaa.. ini tak sakit
Huh? Habis tu yang lepas ni sakit ke?
Saya tak mau tipu, yang lepas ini ada sakit, saya selalu buat pun rasa sakit..
Ala.. yang tak sakit tak ada ke? (Makkkk!! Tak nakkkk!!)
Takda sakit punya takda effect maa... 

B rasa nak bangun & lari masa tu jugak. Tapi tak boleh pasal baju dah tukar, barang semua dalam locker. Pastu, tak macho la kalau lari kan?

Ok saya mula buat itu pecah lemak punya aaaaa…
Adoiiiii…. Ahhh… uhhhh… sakit laaaaa…

Dipendekkan cerita B terpaksa tahan mulut dia dari terlolong sakit, terangkat-angkat kaki tahan sakit. Amoi tu suruh bagi kaki rehat lurus, mana boleh weyyy! B tu sakit tau tak? 

Hari tu B balik dengan perut yang lebam-lebam dengan ukuran kurang 2-4cm (dia tak ingat berapa), tapi dia tak pasti amoi tu ambik ukuran tepat dan jitu ke tidak. Entah-entah tipu. Satu perkara yang pasti, B tobat, dia takkan sekali-kali menyakitkan diri lagi semata-mata nak kurus/cantik. Takper lah tak lawa macam Shakira pun!


Iklan di Tesc0 : sindiran yang sungguh tajam




.

Tuesday, July 20, 2010

A skinny momma & a fat maiden

I was enjoying a piece of strawberry chocolate cake at SecretoRcp when a lady came in and went straight to the cake display shelf. She ordered 2 slices of cake. She was carrying an infant. I guessed her baby was about 3-4 months old.

It wasn't the baby that caught my attention, it was the momma. She wore skinny jeans and a t-shirt. The jeans defined her long slender legs. Beautiful.

Tiba-tiba aura dengki membuak-buak...
Dia makan kek, saya makan kek
Dia dah ada anak, saya belum pernah beranak
Dia so slim & slender... saya...
kenapa saya tak muat nak masuk skinny jeans dahhh?
(jeans yang tak skinny pun sendat!)

Tiba-tiba kek stroberi coklat itu terasa masam :(


.

Thursday, July 15, 2010

When I get older I will be stronger

World Cup dah habis, Tahun ni saya tak kecewa pasal tak ada pun decide nak jadi peminat tegar team mana-mana. Cuma seronok-seronok tengok. Team mana-mana gol pun saya seronok.

Sekarang nak paksa mata tidur awal pun susah. Kalau tidur pun terbangun pukul 2-3pagi. Lainlah kalau yang jenis rajin nak bangun tahajud, ini... hmmm... LIAT!
 
Nampak gambar Messi terpampang besar kat tepi Jelutong Expressway tadi, rasa kesian... sama la kalau semua diorang yang lain tu keluar iklan. Takat kesian aje la. Sekian.

Demam dah ok, Alhamdulillah... batuk aje belum baik. Thanks to all good friends yang beratus dan beribu batu yang bertanya kabar bila saya sakit... I really appreciate it. I don't feel so alone because of you people.

Dulu kalau demam sehari dua, boleh turun 2-3kilo. Sekarang, 2-3ratus gram pun tak bergerak. Kecewa. 

Tapi tau tak apa yang lebih mengecewakan??

Lebih kecewa bila dapat kabar bahawasanya, the person who recently menarik hati yang dah keras kejung ni adalah.... 
seorang GAYah!

Ya, sila tepuk tangan. 

Habislah drama yang belum pun bermula.



.

Sunday, July 11, 2010

life



Bila kita pernah rasa susah, kita lebih menghargai kesenangan,

Bila kita sakit, baru lahhhh rasa berharganya nikmat sihat!

*Ubi is unwell & telling herself to get well quickly coz tomorrow she needs to be all shiny & chirpy to welcome a new semester*


.

Saturday, July 03, 2010

wakawaka eh eh



Is there a word for the act of singing and dancing while driving?

I need to know the word, coz I do that a lot to keep me awake on long lonely journeys.





.