Thursday, May 12, 2011

Niat

Mei 2010, setahun yang lalu, saya berkelana seorang diri ke Negeri di Bawah Bayu tanpa perancangan jelas walaupun tiket sudah dibeli berbulan-bulan sebelumnya. Mungkin kerana agak kecewa bila mengetahui saya perlu ke sana seorang diri. Teman yang merancang untuk pergi bersama terpaksa mengundur diri kerana ada komitmen yang lebih penting. Sendiri, seorang diri, bukanlah sesuatu yang baru buat saya, tapi untuk sebuah percutian, saya sebenarnya mengharapkan diri ditemani gelak tawa rakan-rakan.

Saya hanya berjalan mengikut gerak hati. Seronok juga meronda bandar KK dan 'snorkel' di Manukan, Sapi dan Mamutik. Pada dinding bilik hotel dan pada risalah pelancongan tergambar jelas gunung tetinggi di pulau Borneo ini. Hati berkata saya tidak boleh pulang tanpa melihat sendiri ikon utama negeri Sabah. Saya cari kereta sewa dan pandu mengikut peta ringkas pada brosur yang membawa saya ke Kundasang, ke resort yang menjanjikan pemandangan gunung yang terbaik (itu yang dikatakan dalam laman sesawangnya). Nasib kurang baik kerana hari mendung dan berkabus, hampir sepetang saya duduk membaca di beranda, namun puncaknya masih tidak kelihatan dari situ.

puncaknya tersembunyi


Esoknya saya pandu masuk ke Kinabalu Park hingga Timpohon Gate. Terlihat mat-mat saleh yang mengangkut beg sandang melangkah keluar dari Timpohon. Hati bersungut, 'Mat saleh ni entah datang dari mana, tapi dia dah naik ke Kinabalu. Aku? Gunung dalam negara sendiri pun belum pernah kutawan!'

dapat juga mengintai puncak apabila kabus bersurai seketika


Sebelum meninggalkan Kinabalu Park hari itu, saya membuat suatu janji pada diri - I'LL BE BACK!




.

Friday, May 06, 2011

Aki Nabalu

 
 
 After climbing a great hill, one only finds that there are many more hills to climb - Nelson Mandela
 
 



*maaf, masih belum sempat mengarang kisah Kinabalu. 
.
 

Sunday, April 24, 2011

Sneak peek of the peak




Tengok jauh-jauh dulu ya. 


I have more on this later, now, where's my minyak panas? My legs are hurting.Ouchhh...


.

Saturday, April 16, 2011

semangat yang hilang

Saya tahu, saya tak boleh kata saya tak perlukan orang lain, itu bongkak dan takbur namanya. Saya selalu nak buat hal saya sendiri, sorang-sorang, bukan kerana saya takbur. Saya tahu, dalam hal-hal tertentu, saya akan perlukan orang lain. Tapi kenapa, kalau saya mengharapkan orang lain untuk melakukan sesuatu bersama saya, saya yang kecewa dengan kesudahannya? ...dan lebih geram bila saya tak boleh meluahkan rasa marah dan kecewa saya!
Semua ni membunuh semangat saya tau tak?!!!
Bengang.
Penat.


*****



Nasib baik agenda naik bukit dengan kawan-kawan pagi tadi best, saya suka! :)


.

Friday, April 15, 2011

it's all about the climb

Ada kawan tanya, kau beli kasut bagai, dah berapa gunung kau panjat? Saya tak boleh nak mengaku saya panjat gunung pasal setakat ni, tak ada gunung yang saya dah tawan. Gunung yang saya pernah  sampai atas cuma Gunung Jerai yang saya naik dengan kereta dan Gunung Machinchang yang naik guna kereta kabel. Yang saya pernah panjat hanyalah bukit dan busut. Kasut hanyalah sekadar pembakar semangat supaya saya tak hangat-hangat tahi ayam. Dulu nak main futsal saya beli kasut futsal, nak jogging pun beli kasut juga. Syukur, dengan adanya kasut-kasut itu, tahi ayam masih lagi suam-suam kuku. Taklah sejuk terus.

Untuk 1/3 tahun pertama ni, ini je bukit yang saya dah naik. Tak tinggi mana pun, tak payah bawak tong oksigen.

1. Bukit Besar, KT (taklah besar & tinggi mana pun bukitnya, tapi inilah yang paling tinggi agaknya dalam KT tu.)




Bandar Hiliran, KT

(saya teringin jugak nak panjat menara ni, tapi ada pagar, takleh masuk!)


2. Bukit Gasing, PJ







3. Bukit Puteh/ Bukit Apek, Cheras, KL







4. Bukit Mertajam, BM






 5. Bukit Bendera, PP








6. Bukit Jambul, PP
Ini belakang rumah ajer, hari-hari pun boleh naik kalau nak. Tapi kalau dah tak nak... sebulan sekali tu pun nasib baik 




Pastu adalah pulak orang tanya saya "apasal lah nak susahkan diri naik bukit?"

Saya tak jawab masa orang tu tanya, pasal saya rasa malas nak bercakap dengan dia. Tak payah buang tenaga. Tapi sekarang saya nak suruh Miley Cyrus tolong jawab, dia kata.... 

Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb.
 

Itu Miley kata... tapi jawapan saya sebenornye, saya bahagia bila keliling saya hutan... 
& I love the view from up there!


.