Monday, September 14, 2009

malang tak berbau..

Memang tak ada bau, busuk ke, wangi ke, hancing ke?

Tapi yang pasti malang memang membuatkan jiwa raga & poket merana.

I parked my car on a legal parking space, and paid my parking fee. I went to a restaurant for buka puasa alone. I decided I just need a quick buka puasa, so tak payah ajak sesape teman. Dah habis makan belum pukul 8 pun, so I stopped by a supermarket to get some juice before I head home.

Dah sudah, masuk kereta, I saw this line on my windscreen. Amende tu? hah?? TIDAKKKKKKKKK!!!
There was a long crack line from the right end of the windscreen towards the middle. I looked around, I had no one to blame. I didn't even know what caused it. I guess the after effect of buka puasa helped me to stay calm. I went home.

Pagi besoknya, barulah reality hits me. Tengok-tengok the crack tambah panjang. Minggu ni nak drive balik kampung, selamat ke nak drive jauh-jauh dengan crack kat cermin? phone sana sini tanya, semua orang jawab, 'jangan biarkan, kau dah la nak drive sorang, baik tukar, kalau dibuatnya berkecai tengah jalan tempat jin bertendang, siapa nak tolong?'. Barulah gabra nak pikir kat mana nak tukar and how much it would cost me. Checked my insurance, no, the windscreen was not covered. Maknanya, bersedialah untuk membakar duit yang memang dah tak ada. sob... sob...

I already took out some cash on the day before, which was meant for duit raya anak buah & anak-anak orang yang bertandang yang most mak bapaknya tau CikUbi dah balik, dah kerja, jadi kena bagi duit raya (eh, tapi apesal masa tak keje dulu pun kene bagi duit raya jugak?). Duit itulah yang terpaksa I guna untuk ganti windscreen. Kalau tak, tak boleh balik raya.

Maka dengan ini diumumkan, tahun ini CikUbi ambik resmi orang cina, belum kahwin tak payah bagi angpau kat sesape. Budak-budak, sila jangan buat muka kesian mintak duit raya depan saya!



.

Monday, September 07, 2009

Saya...

... sangat tidak cool.

... rasa saya tak garang. Sumpah. Tapi itu saya rasa, apa orang lain rasa saya tak tau.

... (pada bulan puasa ini) cuba untuk senyum sebagai respon kepada pertanyaan atau ayat sumbang yang selalunya saya jawab dengan tembakan peluru pelbagai jenis (kadang-kadang dengan tembakan meriam).

... nak anak ramai. Tapi itu dulu. Sekarang, tolong jauhkan budak-budak tu dari saya, nanti saya telan.

... sayang kawan-kawan lama saya. Tapi saya mintak maaf kalau saya tak boleh berubah jadi macam mereka (yang dah berubah).

... cheapskate. Saya beli benda murah-murah aje atau pun benda-benda yang ada label 50% off. Tak payah nak tengok tag kat barang-barang saya pakai ya. Nosey!

... hidup dalam reverse order kot. Dulu masa muda-muda rajin jugak nak berhigh heels, berskirt with matching blouse, palit lipstick sikit-sikit, calit foundation, nak pakai cantek-cantek... sekarang jalan pakai trainers, jeans & tees, calit bedak baby johnson. Bahagia.

... tak suka compare diri saya dengan orang lain, tapi kenapa ada orang yang tak pasal-pasal rajin nak tolong bandingkan diri saya dengan orang lain? Ada aku kesah orang lain nak pakai kereta besar? ada aku kesah orang lain nak mekap 3 inci? ada aku kesah orang nak pakai Coach /Elvee/ (isilah jenama2 lain sendiri). Aku TAK kesah!! so please don't tell me what I should be buying, what I should be wearing. Do not tell me to use this and that when your skin is worse than mine!

... pelik sungguh dengan perangai orang yang suka tanya gaji orang berapa, pakai kereta apa. Lepas tu ada pulak jenis suka bagi justification that walaupun dia belajar sampai takat sini, dia boleh dapat this and that. Dude, I never ask kau belajar tinggi mana, I never ask how much money u have, why the hell do you need to tell me? Kenapa orang suka bagi maklumat diri kat saya walaupun saya tak tanya ni ha?

... dulu kurus sekeping dan sangat-sangat nak tambah berat. Siap minum Weight Gain. Sekarang... I wished I could turn back time! hahaha...

... tak tulis benda-benda hal bijak pandai dalam blog saya, kalau rasa-rasa nak baca hal-hal yang 'educated', pegi baca jurnal lah! Duhhhhhhhhhhh...

... suka tulis blog bila saya menyampah, tension, bengang, nak marah orang dan bila rasa semua perasaan-perasaan negatif. Jadi, dengan itu blog saya memang tak positif dan bukan bacaan yang informatif. (kalau saya tak update blog lama tu, maknanya hidup saya bahagia!)


.

Terima kasih pada mereka yang bagitau saya, Isnin takde kelas, cuti! Kalau tak, ada yang jadi kes tahun lepas.


.



Sunday, September 06, 2009

Pertengahan Ramadhan




Langit berawan kelabu... malam Ramadhan tetap hening... tapi dari kejauhan kedengaran konsert hantu lapar... tapi tak apa, we coexist, kan?



bulan atas pokok kelapa sawit


Ku masih mengharapkan Ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya....
(walaupun untuk setengah bulan yang dah berlalu tu prestasi aku sangat-sangat teruk!)


...dan... entah kenapa,
Ramadhan ini mengingatkan aku pada suatu Ramadhan yang penuh duka dan luka yang tak kelihatan dek mata.

Ini.. macam kena.





.

Monday, August 31, 2009

Salam Merdeka

Jalur Gemilang, Terengganu riverside, Merdeka eve


Sunyi, sepi.
Itu sambutan Merdeka saya untuk tahun ini. Sesekali menoleh ke peti televisyen yang menyiarkan 1957 Hati Malaya.

Awalnya tadi saya di rumah kakak, menyuruh anak buah duduk dan menonton Hati Malaya, sambil bertanya soalan-soalan fakta kemerdekaan kepada anak-anak saudara, ada yang jawapannya betul, ada yang tidak. Sudahnya makcu ni kena label 'bosan' pasal dah takde kerja lain buat kuiz sejarah. Belum pun saya keluar pintu nak balik, diorang dah tukar ke channel lain. *sigh*.

Entah kenapa, saya rasa lebih bersemangat nak sambut ulangtahun kemerdekaan ketika jauh dari tanahair dulu. Mungkin rasa rindu pada bumi Malaya lebih membuak-buak ketika itu.

Salam Ulangtahun Merdeka untuk semua rakyat Malaysia, dimana jua anda berada.

Al-Fatihah buat semua yang telah pergi ketika berjuang menuntut kemerdekaan... dan dalam mengekalkan kemerdekaan.

Sejahteralah Malaysiaku.


.
Sambutan kemerdekaanku yang dahulu: 2005, 2006, 2007.

Thursday, August 27, 2009

Ramadhan...

Salam Ramadhan...
... dah dekat seminggu baru nak ucap.



Menunggu terbenam mentari, 1 Ramadhan...



...pasal tak sabar-sabar nak makan ini. :)



.