Wednesday, August 31, 2005

MERDEKA!!!

pic fromhttp://merdeka.bluehyppo.com/gallery.asp courtesy of museum negara

Selamat Hari Merdeka untuk semua…

Hari ini aku cuba nak tulis dalam bahasa Melayu.. tapi aku tau, aku memang spesis ‘tak reti bahasa’. Bahasa Melayu aku tak betul, Bahasa Inggeris aku pun bertabur.

Di bumi buah kiwi dan burung kiwi ini jam sudahpun menunjukkan pukul 12 tengah malam.. bermakna sudahpun masuk 31 Ogos 2005. Genap 48 tahun negara tanah tumpah darahku Malaysia merdeka. Lebih kurang 4 jam akan datang rakyat Malaysia di Malaysia akan mengira detik-detik tibanya jam dua belas malam.

Di sini tiada laungan merdeka.. tiada bunga api….Dan aku duduk diam-diam dalam bilik sambil tulis blog. Aku cuma sambut merdeka dengan doa, semoga negaraku aman dan makmur, semoga Allah terus merahmati Malaysia.

Aku lahir hampir dua dekad selepas merdeka. Memang aku tak tau jerih perih orang-orang terdahulu berjuang menuntut kemerdekaan. Tipu kalau aku katakan aku tau. Aku tak rasa apa yang mereka rasa. Aku belajar semua sejarah kemerdekaan dari Puan Zam, cikgu sejarah aku. Aku rasa terhutang budi pada mereka- wira-wira yang nama mereka masuk buku sejarah.. dan juga mereka yang tak masuk buku sejarah- wira-wira yang tak didendang... Tanpa pengorbanan mereka, mungkin aku bukan di sini hari ini.

Aku rindu nak tengok iklan sempena merdeka di TV. Tapi dulu, bila iklan keluar , kalau ada orang lain yang sama-sama menonton, aku takkan tengok iklan tu. Mesti aku pura-pura buat benda lain. Aku cuma tengok iklan tu bila sorang-sorang.. pasal mata aku mesti berair bila tengok iklan merdeka… aku jadi sebak tak pasal-pasal… emosional terlebih agaknya.


Kalau di kampung, aku cukup suka tengok telatah anak-anak saudara aku. Mereka cukup bangga kalau dapat Jalur Gemilang dan berbaris di depan TV.. Dulu pun anak saudara aku yang baru umur 3 tahun pernah marah aku bila aku panggil JG tu bendera, “bukang bendera!! Jalur Gemilang la… mokcu ni, tu pong dok tau”
Aku tau mereka belum faham apa-apa tentang kemerdekaan. Tapi aku harap mereka terus sanjung Jalur Gemilang sampai bila-bila.
Aku tak nak cakap pasal siapa patriotik, siapa tak patriotik.. pada aku semua tu SENDIRI MAU INGAT!!

1 comment:

Lala-land said...

Ohh yeahhh It's Merdeka! Hoooraaayyyyy!!!